"Siapa itu??? Coba TEka...!!!"

Bie..........Love....................Ja > ;-)

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 23, 2009

Macam-Macam Perkara boleh Berlaku............




Sekarang ni, macam-macam hal lar... Kak Som dengar2...
Penyakit memacam... H1N1 lar...sampai sekolah pon kena tutup... Pastu, ada lak accident sana sini... masuk wad lar cuti sakit lar... Demam Denggi pon makin hebat menyerang...

Sumer ni, ada kaitan dengan persekitaran kita...

Kalau kita tak sedar2 lagi... ia mungkin tak diendahkan kita dan pandang ia sambil lewa... Kalau dah tergadah baru lar sumer terasakesan dan implikasinya...

Kawan-kawan dan sanak saudara sekalian... cubalar sedar dan prihatin terhadap isu-isu ini kerana ia boleh membawa kesan dan ia juga boleh menggugat kualiti hidup kita... So, Kak Som doakan sekalian kawan2 dan saudara sekalian senantiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T. .............AMIN.................

serba sedikit info untuk kita share...:-


Suntikan imunisasi Tifoid – untuk pengendali makanan

  • Bayaran RM21.00
  • Sila bawa bersama sekeping gambar berukuran paspot
  • Kad suntikan akan dikeluarkan (sah untuk tempoh 3 tahun daripada tarikh suntikan)
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 1, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Isnin – Khamis

8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Jumaat

8.00 pagi – 11.30 pagi

Suntikan Imunisasi Meningitis – untuk bakal-bakal haji/umrah/mereka yang memerlukan

  • Bayaran suntikan RM 99.00
  • Bayaran untuk Buku Kesihatan Antarabangsa RM 1.00
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 1, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Selasa

8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 3.30 petang

Perkhidmatan Saringan HIV Pra-Perkahwinan

  • Perkhidmatan adalah PERCUMA
  • Sila bawa bersama borang yang diperolehi daripada Jabatan Agama Islam
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 3, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Rabu

8.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 5.00 petang

Perkhidmatan saringan HIV pra-perkahwinan juga boleh didapati di Klinik-klinik Kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tersenarai di bawah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula daripada 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Hospital Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5752

Klinik Kesihatan Putrajaya
No 1, Jalan Presint 9E, Putrajaya
Tel: 03-8888 3057

Poliklinik Komuniti Tanglin
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 3311

Klinik Kesihatan Cheras
Batu 41/2 Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 03-9130 4583

Klinik Kesihatan Cheras Baru
Jln 16, Kampung Cheras Baru Off Jalan Kuari
Tel: 03-4294 6114

Klinik Kesihatan Batu
Batu 4 ½ Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Tel: 03-6257 3355

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumour
TeL: 03-7782 9355

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat
JaLan Jelatek, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur
Tel: 03-4257 3333

Klinik Kesihatan Kampung Pandan
Jalan Kamgpung Pandan, Kuala Lumpur
Tel: 03-9281 0272

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar
Blok C, Wisma Ghoshen,
Plaza Pantai Off Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tel: 03-2288 1071

Klinik Kesihatan Jinjang
No 2, Jalan 4/16, Jinjang Utara Tambahan, Kuala Lumpur
Tel: 03-6258 3355

Klinik Kesihatan Setapak
No 26/28, Jalan 9/23A, Medan Makmur, Setapak
Tel: 03-4142 5429

Klinik Kesihatan Sentul
189, Jalan Perhentian Off Jalan Hj. Salleh, Sentul Kuala Lumpur
Tel: 03-4042 7557

Klinik Kesihtan Sungai Besi
Jalan Besar, Sungai Besi Kuala Lumpur
Tel: 03-9058 5464

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
No 16 & 18, Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel: 03-9171 3333





Chikungunya

Chikungunya adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Chikungunya yang berjangkit melalui gigitan Nyamuk Aedes (nyamuk ini juga menyebarkan Virus Penyakit Demam Denggi). Kebanyakkan pesakit mengalami gejala yang tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya (tetapi sebahagian pesakit terutama yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama daripada biasa).

Masa pengeraman:

Masa pengeraman boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3-7 hari.

Gejala Utama:

  • Demam panas yang mendadak (suhu 38 ˚C atau lebih)
  • Sakit sendi terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
  • Ruam pada tangan, kaki dan badan

Gejala Lain:

  • Sakit kepala
  • Mata merah
  • Loya dan muntah

Seorang pesakit boleh demam daripada 1-7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit ini juga boleh disalah anggap sebagai Penyakit Demam Denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Rawatan:

Penyakit ini tidak mempunyai rawatan yang khusus dan tiada vaksin bagi penyakit ini. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang penyakit. Kebanyakkan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar.

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

    • Bersihkan kawasan rumah dan persekitan supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakkan Nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong-royong.
    • Periksa rumah dan persekitaran sekuran-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakkan Nyamuk Aedes.
    • Pastikan semua bekas terpakai yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
    • Tutup semua bekas menyimpan air atau
      • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik seperti temephos dan Bacilius thuringiensis israelensis (Bti)
      • Tukar air dan sental sehingga bersih, seminggu sekali
    • Periksa palong hujan (roof gutter) dan pastikan air tidak bertakung.
    • Hapuskan Nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
    • Elakkan gigitan nyamuk dengan cara:
      • Memakai pakaian menutup anggota
      • Pasang jejaring pada tingkap rumah
      • Menggunakan ’repellant’ (lingkaran ubat nyamuk, semburan aerosol, losyen / krim)

Sekiranya anak mempunyai gejala-gejala di atas, sila dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berhampiran.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyebab:
Jangkitan virus kumpulan entrovirus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

  • COXACIE VIRUS A 106
  • ENTEROVIRUS EV 71

Punca:
Tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak

Penyakit ini menjangkiti mangsa dengan kontak secara langsung dengan pesakit selain melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung

Tanda-tanda dan gejala:

  • ruam dengan lepuh di tapak tangan kaki dan kawasan lepuh
  • ulser di tekak dan mulut
  • demam
  • sakit kepala
  • hilang selera makan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

    • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
    • Tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk.
    • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.
    • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak kecil.
    • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari dengan air liur anak.
    • Elakkan membawa anak kecil ke tempat yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesen bas dan lain-lain.

Sekiranya jangkitan telah berlaku, langkah-langkah ini boleh diambil bagi mengelakkan penyebaran penyakit terus berlaku:

  1. Amalkan cara membasuh tangan dan kebersihan diri yang betul.
  2. Cuci hama dengan menggunakan larutan Chlorine 10%.
  3. Menjalankan pemeriksaan setiap hari kepada kanak-kanak sekolah yang terlibat dengan jangkitan virus ini. Sekiranya ada tanda jangan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan terus bawa balik ke rumah sendiri.
  4. Elakkan kanak-kanak bergaul dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

  • Bawa ke hospital atau klinik berhampiran.
  • Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

  • INFLUENZA A (H1N1)

    (1)
    Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

    Influenza A (H1N1) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.



    (2)
    Negara manakah yang dilanda penyakit ini?

    Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.





    (3)
    Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

    Gejala awal jangkitan ini adalah mirip kepada selsema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selsema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.



    (4)
    Bagaimana kita boleh dijangkiti?

    Apabila pesakit itu batuk atau bersin, titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit/ permukaan objek atau tersebar terus ke udara. Seterusnya, jangkitan boleh berlaku dengan cara menyentuh tangan pesakit atau dengan menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan titisan cecair pesakit itu tadi. Selain itu juga, jangkitan boleh berlaku melalui pernafasan.



    (5)
    Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada khinzir kepada manusia?

    Tidak.



    (6)
    Apakah nasihat kepada orang ramai yang dijangkiti virus ini?

    • SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
    • Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai.
    • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
    • Hadkan hubungan dengan orang lain.
    • Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
    • Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.


    (7)
    Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

    Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit tersebut. Namun begitu, kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.



    (8)
    Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

    • Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
    • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
    • Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
    • Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
    • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
    • Amalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.


    (9)
    Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada penyakit ini?

    Belum ada.



    (10)
    Adakah vaksin baru akan dicipta?

    Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.



    3 comments:

    1. btul kak... lately nie mcm2 musibah yg menimpa... mungkin ianya satu petanda ttg kealpaan kita sbg manusia...

      ReplyDelete
    2. Ok,thanks for the info Cik Ja,..

      ReplyDelete