"Siapa itu??? Coba TEka...!!!"

Bie..........Love....................Ja > ;-)

Daisypath Next Aniversary Ticker

Tuesday, June 30, 2009

cONTENG-cONTENG kAK sOM.. (bAJET kAWEN)

dOK CONTENG-CONTENG BAJET TUK HARI KAWEN ADEQ... TERBIKIN LAR LIST INI.... BAGI YANG NAK SENTUHAN KRETIF kAK sOM... bOLEH LAR REFER BAJET NI...

(Latest edited :
Nak Load gambar
hiasan jer!!)


SENARAI BAJET PERKAHWINAN (vERSI 1)

• Sireh Junjung - RM 30
• Pulut Kuning dan bunga telur – RM 75
• Kain Pasang – RM 50
• Kek Hantaran – RM 100
Total – RM 255
……………………………………………………………………
• Lelaki ( Cream) Baju Family- RM 600

• (50) Bunga Penanggah – RM 100

…………………………………………………………………….Total – RM 700
• Goodies
Bunga telur (RM 2 *100) – RM 200
Tuala (RM 2 * 100) – RM 200
Coklat (RM 0.50 * 200) – RM 100
Pot-pouri (RM 1 * 100) – RM 100
……………………………………………………………………………… Total – RM 600

• Makan Beradab (Lelaki)
Buah Cucuk, (2) – RM 60
Ayam Kukus,(2) – RM 40
Puding, Air minuman – RM 20
Ikan Siakap Sweet Sour, (4) – RM 200
Udang Cucuk. (2) – RM 60
Hiasan Meja – RM 300
Gulai kenduri,
……………………………………………………………………………Total – RM 680

• Bilik Pengantin (Lelaki)
Tirai– RM 150
Bunga Katil– RM 50
Bunga kepala katil– RM 50
Bunga hiasan atas tirai– RM 100
……………………………………………………………………………… Total – RM 350

• Kek pengantin untuk majlis potong kek– RM 500

……………………………………………………………………..Total – RM 500

• Bunga Penanggah(25) – RM 50
• Bunga telur Pulut Kuning perempuan – RM 50
• Bunga Pegang– RM 150
…………………………………………………………………….. Total – RM 250
Total – RM 3335

SENARAI BAJET PERKAHWINAN (vERSI 2)

· Sireh Junjung - RM 30

· Pulut Kuning dan bunga telur – RM 75

· Kain Pasang – RM 35

· Kek Hantaran – RM 80

Total – RM 220

……………………………………………………………………

· Lelaki ( Cream) Baju Family- RM 600

· (50) Bunga Penanggah – RM 100

…………………………………………………………………….Total – RM 700

· Goodies

Bunga telur (RM 2 *100) – RM 200

Tuala (RM 2 * 100) – RM 200

Coklat (RM 0.50 * 200) – RM 100

Pot-pouri (RM 1 * 100) – RM 100

……………………………………………………………………………… Total – RM 600

· Makan Beradab (Lelaki)

Buah Cucuk, (2) – RM 60

Ayam Kukus,(2) – RM 40

Puding, Air minuman – RM 20

Ikan Siakap Sweet Sour, (4) – RM 200

Udang Cucuk. (2) – RM 60

Hiasan Meja – RM100

Gulai kenduri,

……………………………………………………………………………Total – RM 580

· Bilik Pengantin (Lelaki)

Tirai– RM 150

Bunga Katil– RM 50

Bunga kepala katil– RM 50

Bunga hiasan atas tirai– RM 100

……………………………………………………………………………… Total – RM 350

· Kek pengantin untuk majlis potong kek– RM 300

……………………………………………………………………..Total – RM 300

· Bunga Penanggah(25) – RM 50

· Bunga telur Pulut Kuning perempuan – RM 50

· Bunga Pegang– RM 50

…………………………………………………………………….. Total – RM 150

Total – RM 2900



Saturday, June 27, 2009

Hari Ulangtahun Perkahwinan Kak Som yang Pertama!!!


Kak Som sempat menyorokkan hadiah dan kad untuk Abe... Nak buat surprise lar kononnya... Tapi, last-last... Kak Som kena tunjukkan jugak tempatnya... sebab, Abe tak jumpa2 hadiah ni



Untuk Abe yang amat disayangi dan dicintai... Moga kita kekal hingga hujung nyawa...
Abe senantiasa di hati.... Love u Abe...!!!

Wednesday, June 24, 2009

si pemanggil penipu....

WAHAI saudara/saudari sekalian... kita kena berwaspada dengan panggilan yang mencurigakan...
kalau ada jer orang call dan minta maklumat memacam kat kita, jangan lar kita senang-senang nak bagi yek...
..........................................................................................................................................................................
Tersebutlar kesah, ramai yang dah terkena...

Jangan mudah percaya panggilan yang diterima adalah daripada pihak yang telah disebutkan oleh pemanggil berkenaan...
Gambar Sekadar Hiasan
Model : Kak Som


Ada si pemanggil penipu... call si A dan bagitau dia daripada bank sekian-sekian... so, nak dijadikan cerita, si A ni pon bagilar maklumat yang diminta tu... Dalam masa tak sampai 5 minit, si pemanggil penipu... itu telah pon cuba mengeluarkan RM 2k daripada kredit card itu... siap kemaskini maklumat kad lagi tu... dengan Si org bank.

Si org bank sekian-sekian itu pon ada call balik dan maklumkan Si A tentang maklumat kad telah dikemaskini... menjadi kehairanan si A lar... bila pulak si A minta maklumat kad itu untuk dikemaskini??? Pelik bin Ajaib....

Dengan segera, si A pon telah pon menelefon balik bahagian servis kad kredit bank sekian-sekian itu... dan 'blok' kan sistem untuk kad berkenaan. Nasib baiklar kad tu dah limit dan reject untuk sebarang pengeluaran.... Jadi, terselamatlar si A daripada tertipu dengansi pemanggil penipu... itu...

Pada si A, jangan pula terguris hati kerna Kak Som masukkan citer ini di sini... Sumer ni sebab Kak Som amat sayangkan si A... teramat lar sangat... kepada si pemanggil penipu...itu pula, moga Tuhan tunjukkan pembalasan ke atas ketidakjujuran hatinya itu...

Moral of the story :-

Macam Pak Nil bagitau kat Radio Era, jangan mudah percaya kepada si pemanggil penipu... mana ada orang nak bagi kita duit@hadiah... cuma, itu adalah panggilan untuk menipu... mengenakan orang yang terleka walau buat seketika cuma..... itular kejer yang tak bermaruah dan tidak bermoral... KITA PULAUKAN si pemanggil penipu...ini dari hidup kita yang harmoni!!!!!!!

Tuesday, June 23, 2009

Macam-Macam Perkara boleh Berlaku............




Sekarang ni, macam-macam hal lar... Kak Som dengar2...
Penyakit memacam... H1N1 lar...sampai sekolah pon kena tutup... Pastu, ada lak accident sana sini... masuk wad lar cuti sakit lar... Demam Denggi pon makin hebat menyerang...

Sumer ni, ada kaitan dengan persekitaran kita...

Kalau kita tak sedar2 lagi... ia mungkin tak diendahkan kita dan pandang ia sambil lewa... Kalau dah tergadah baru lar sumer terasakesan dan implikasinya...

Kawan-kawan dan sanak saudara sekalian... cubalar sedar dan prihatin terhadap isu-isu ini kerana ia boleh membawa kesan dan ia juga boleh menggugat kualiti hidup kita... So, Kak Som doakan sekalian kawan2 dan saudara sekalian senantiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T. .............AMIN.................

serba sedikit info untuk kita share...:-


Suntikan imunisasi Tifoid – untuk pengendali makanan

  • Bayaran RM21.00
  • Sila bawa bersama sekeping gambar berukuran paspot
  • Kad suntikan akan dikeluarkan (sah untuk tempoh 3 tahun daripada tarikh suntikan)
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 1, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Isnin – Khamis

8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Jumaat

8.00 pagi – 11.30 pagi

Suntikan Imunisasi Meningitis – untuk bakal-bakal haji/umrah/mereka yang memerlukan

  • Bayaran suntikan RM 99.00
  • Bayaran untuk Buku Kesihatan Antarabangsa RM 1.00
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 1, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Selasa

8.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 3.30 petang

Perkhidmatan Saringan HIV Pra-Perkahwinan

  • Perkhidmatan adalah PERCUMA
  • Sila bawa bersama borang yang diperolehi daripada Jabatan Agama Islam
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di Tingkat 3, Jabatan Kesihatan DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur
Hari
Masa

Rabu

8.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 5.00 petang

Perkhidmatan saringan HIV pra-perkahwinan juga boleh didapati di Klinik-klinik Kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tersenarai di bawah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula daripada 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Hospital Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5752

Klinik Kesihatan Putrajaya
No 1, Jalan Presint 9E, Putrajaya
Tel: 03-8888 3057

Poliklinik Komuniti Tanglin
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 3311

Klinik Kesihatan Cheras
Batu 41/2 Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 03-9130 4583

Klinik Kesihatan Cheras Baru
Jln 16, Kampung Cheras Baru Off Jalan Kuari
Tel: 03-4294 6114

Klinik Kesihatan Batu
Batu 4 ½ Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Tel: 03-6257 3355

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumour
TeL: 03-7782 9355

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat
JaLan Jelatek, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur
Tel: 03-4257 3333

Klinik Kesihatan Kampung Pandan
Jalan Kamgpung Pandan, Kuala Lumpur
Tel: 03-9281 0272

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar
Blok C, Wisma Ghoshen,
Plaza Pantai Off Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tel: 03-2288 1071

Klinik Kesihatan Jinjang
No 2, Jalan 4/16, Jinjang Utara Tambahan, Kuala Lumpur
Tel: 03-6258 3355

Klinik Kesihatan Setapak
No 26/28, Jalan 9/23A, Medan Makmur, Setapak
Tel: 03-4142 5429

Klinik Kesihatan Sentul
189, Jalan Perhentian Off Jalan Hj. Salleh, Sentul Kuala Lumpur
Tel: 03-4042 7557

Klinik Kesihtan Sungai Besi
Jalan Besar, Sungai Besi Kuala Lumpur
Tel: 03-9058 5464

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
No 16 & 18, Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel: 03-9171 3333





Chikungunya

Chikungunya adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Chikungunya yang berjangkit melalui gigitan Nyamuk Aedes (nyamuk ini juga menyebarkan Virus Penyakit Demam Denggi). Kebanyakkan pesakit mengalami gejala yang tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya (tetapi sebahagian pesakit terutama yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama daripada biasa).

Masa pengeraman:

Masa pengeraman boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3-7 hari.

Gejala Utama:

  • Demam panas yang mendadak (suhu 38 ˚C atau lebih)
  • Sakit sendi terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
  • Ruam pada tangan, kaki dan badan

Gejala Lain:

  • Sakit kepala
  • Mata merah
  • Loya dan muntah

Seorang pesakit boleh demam daripada 1-7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit ini juga boleh disalah anggap sebagai Penyakit Demam Denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Rawatan:

Penyakit ini tidak mempunyai rawatan yang khusus dan tiada vaksin bagi penyakit ini. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang penyakit. Kebanyakkan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar.

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

    • Bersihkan kawasan rumah dan persekitan supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakkan Nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong-royong.
    • Periksa rumah dan persekitaran sekuran-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakkan Nyamuk Aedes.
    • Pastikan semua bekas terpakai yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
    • Tutup semua bekas menyimpan air atau
      • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik seperti temephos dan Bacilius thuringiensis israelensis (Bti)
      • Tukar air dan sental sehingga bersih, seminggu sekali
    • Periksa palong hujan (roof gutter) dan pastikan air tidak bertakung.
    • Hapuskan Nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
    • Elakkan gigitan nyamuk dengan cara:
      • Memakai pakaian menutup anggota
      • Pasang jejaring pada tingkap rumah
      • Menggunakan ’repellant’ (lingkaran ubat nyamuk, semburan aerosol, losyen / krim)

Sekiranya anak mempunyai gejala-gejala di atas, sila dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berhampiran.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyebab:
Jangkitan virus kumpulan entrovirus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

  • COXACIE VIRUS A 106
  • ENTEROVIRUS EV 71

Punca:
Tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak

Penyakit ini menjangkiti mangsa dengan kontak secara langsung dengan pesakit selain melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung

Tanda-tanda dan gejala:

  • ruam dengan lepuh di tapak tangan kaki dan kawasan lepuh
  • ulser di tekak dan mulut
  • demam
  • sakit kepala
  • hilang selera makan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

    • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
    • Tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk.
    • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.
    • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak kecil.
    • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari dengan air liur anak.
    • Elakkan membawa anak kecil ke tempat yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesen bas dan lain-lain.

Sekiranya jangkitan telah berlaku, langkah-langkah ini boleh diambil bagi mengelakkan penyebaran penyakit terus berlaku:

  1. Amalkan cara membasuh tangan dan kebersihan diri yang betul.
  2. Cuci hama dengan menggunakan larutan Chlorine 10%.
  3. Menjalankan pemeriksaan setiap hari kepada kanak-kanak sekolah yang terlibat dengan jangkitan virus ini. Sekiranya ada tanda jangan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan terus bawa balik ke rumah sendiri.
  4. Elakkan kanak-kanak bergaul dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

  • Bawa ke hospital atau klinik berhampiran.
  • Jangan hantar anak ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

  • INFLUENZA A (H1N1)

    (1)
    Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

    Influenza A (H1N1) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.



    (2)
    Negara manakah yang dilanda penyakit ini?

    Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.





    (3)
    Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

    Gejala awal jangkitan ini adalah mirip kepada selsema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selsema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.



    (4)
    Bagaimana kita boleh dijangkiti?

    Apabila pesakit itu batuk atau bersin, titisan air pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit/ permukaan objek atau tersebar terus ke udara. Seterusnya, jangkitan boleh berlaku dengan cara menyentuh tangan pesakit atau dengan menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan titisan cecair pesakit itu tadi. Selain itu juga, jangkitan boleh berlaku melalui pernafasan.



    (5)
    Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada khinzir kepada manusia?

    Tidak.



    (6)
    Apakah nasihat kepada orang ramai yang dijangkiti virus ini?

    • SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
    • Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin untuk mengelakkan jangkitan kepada orang ramai.
    • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
    • Hadkan hubungan dengan orang lain.
    • Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
    • Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.


    (7)
    Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

    Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari daripada tarikh mula mengalami gejala penyakit tersebut. Namun begitu, kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.



    (8)
    Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

    • Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
    • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
    • Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
    • Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
    • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
    • Amalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.


    (9)
    Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada penyakit ini?

    Belum ada.



    (10)
    Adakah vaksin baru akan dicipta?

    Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.



    Monday, June 22, 2009

    From Kay El to Ipoh.....

    Hari sabtu yang lepas AKA 20 Jun 2009... tergerak hati aku nak mengajak my hubby untuk ke Ipoh.. Nak jadi satu kesah... aku pon beli lar tiket KTM Bhd... RM 18 per person... pergi balik untuk 2 person = RM 72. Ok lar... tak payah nak drive...



    Ya lar.. nak melawat orang sakit, kenalar hari minggu... kalau hari kerja, malam baru sampai kat rumah... kuar gelap, di pagi hari dan balik pon gelap, di malam hari...Begitu lar rutin harian KAMI...

    Pukul 7.30 pagi, sabtu tu lar... aku dan my hubby pon gerak dari rumah ke Opis... nak parking kat KG Baru jerlar... nanti naik LRT Putra Dang Wangi ke KL Sentral...

    Sampai di KL Sentral lebih kurang jam 8.15 pagi... aku bersantap dulu for breakfast di restoran dalam KL Sentral...

    Makan Lontong jer RM 4.90 + Milo Suam( RM 2.50) dah jadi RM 7.40...My Hubby makan Nasi Lemak RM 2.50 + Nescafe panas (RM 2.00) = RM 4.50...... Total dalam RM 11.90, Standard KL Sentral lar... mestilar mahal siket...


    Tak sabar rasanya nak sampai Ipoh... mana taknyer...ader best frend tengah tunggu nak jemput... Noor Suraiya Abd Latiff...nama glamornyer Sue..

    Jam 9.00 pagi, aku dan my hubby pon turun ler ker tempat naik keretapi tu... masuk ler kami ke dalam perut keretapi Tanah Melayu itu... Tapi, nasib tak baik pulak.. Kepala Keretapi lak rosak...kami tunggu sampai jam 10.00 pagi... pastu barular bergerak...

    Dalam keretapi tu... kami mulalar buat hal masing2... My hubby suka sangat ilmu pasal duniawi ni...so... dia bacalar surat kabar... aku pulak suka pulak dengan menonyoh hasil seni... aku memintal-mintal lar riben untuk buat bunga gubahan... bekalan aku 6 gulung Riben untuk aku pintal-pintalkan... hi hi hi

    Penat memintal-mintal, aku tido kejap... tapi taklar lena sampai mengingau-ngingau atau bermimpi-mimpi... Hi Hi Hi

    Jam 12.45 tgh hari sampailar aku ke Stesen Ipoh... manalar budak Sue ni... dah sampai ker?? Itular pertanyaan hatiku... Call ler kat Sue...yang mana dalam perjalanan ker Stesen... Tak sabar nak tengok MIMI...anak Sue yang memang Comei macam Ibu nyer...Suami nyer Comei jugak... Encik Ja'a namanyer...( Jangan Mare yek Sue)

    Setelah berjumpa dan berjejak Kasih seketika cuma... kami pon bergeraklar ker Fatimah Speciallist Hospital...



    Fatimah Speciallist Hospital... Di sitular kawan ku AZMAN berada... Kat Hospital tu... kami ( Aku, My Hubby, Sue, Mimi dan Ja'a-Suami sue) pon menuju ke wad Azman... Sedeh pulak melihat keadaan nyer... tapi, ramai pulak orang yang melawat dia masa tu...mungkin family dia kot... Risik punya risik... family dia bagi tau ler... rupanyer Accident masa ON THE WAY dari IPOH ke Kay El... Kesian lak menengok keadaan nya... Aku memang tumpang simpati dan berdoa agar beliau cepat sembuh....



    Jumpa pulak dengan JASRI kawan lama kat Uitm... Kebetulan pula anaknya pon masuk wad sebab jangkitan kuman kat paru-paru... sempat lagi aku melawat keadaan nyer... Babby yang kecik tu macam tak sakit jer... Teletahnyer memang comei jer... tak nangis pon... dia pulak yang agah kitaorang... tergelak-gelak dan tersenyum-senyum lak budak ni... tak rasa sakit ker?? pelik betul... Ni mesti ikut perangai bapak dia ni... JASRI memang sorang yang suka buat lawak spontan... Kalau masuk RAJA LAWAK kat ASTRO tu... mesti JUara... Jumpa gak wife Jasri... Kak Sham... Moga babby cepat Sembuh....



    MAKAN TIME....



    Sue ader bawak kami makan Nasi Ulam dan Ikan Bakar... Sue belanjer...memang sedaplar kalau makan orang belanjer ni... manis jer rasa isi ikan jelawat bakar ni... Tasik Raban ker tasik Rabai KER tASIK gABAI yek..?? entah lar...kat restoran tu lar aku makan... Hi Hi Hi... Nanti Lieza belanjer sue makan lak yek... tapi, syaratnyer kat KL lar yek...


    IKAN JELAWAT BAKAR....SEDAPPPP!!!



    Masa untuk pulang...

    aku dah beli tiket jam 6.00 petang... Sue pon hantarlar aku ker Stesen... masuklar kami (aku dan My hubby) ke dalam perut keretapi tanah melayu ini sekali lagi... 3 jam lagi sampailar kami ke KL...

    Moga lain kali dapat lagilar aku berkunjung ker IPOH...

    Friday, June 12, 2009

    Segar lagi....






    selamat pengantin baru abe cik.........

    Thursday, June 11, 2009

    (Abe Chik's Wedding) Kak Som... Always KayPo...


    Bagai tak cukup tangan nak buat hantaran-hantaran pengantin maser wedding abg aku ni...
    Dia lar satu-satunyer abg yg aku ada...so, terpaksalar buat dgn bersunggoh2 siket.

    Kak Som memang lar minat untuk Mengotes-ngotes ni... Hi HI HI...

    Budget untuk buat semua benda alah ni sebenarnya disponsor separuh oleh aku...
    Sajer jer nak bg komitmen n murah hati...



    Saat-saat mendebarkan... Hik hik hik...


    Sudah sah jadi seorang suami.... Alhamdulillah...


    3 Hantaran Hari Akad Nikah...

    Kalau tak lawa, jangan ler komen sangat... Kak Som cuma try2 ajer...
    Lama jugaklar Kak Som buat persediaan untuk majlis wedding Abe Chik ni... Siap ngan stay up pada malam hari gitu.. Manalar ader masa banyak sangat nak buat benda alah ni, Kak Som kan kejer pd belah siang harinya...


    1.Cincin dan Duit Mas Kawen...


    2.Sireh Junjung... Created by Lieza...Hi HI HI

    3.Kueh Telor
    ... Tempah Khas From Kok Lanas,KB..


    Hantaran2 masa Kenduri Belah Pompuan...
    9 Dulang lawan 9 Dulang...


    Pada mulanya, Kak Som ingatkan hanya 9 saja bekas hantaran yg perlu disedia...maklumlar, bila Abe Chik kata 9 hantaran, mati2 Kak Som ingatkan kena sedia cuma 9 bunga letak... nasib baiklar pihak pengantin perempuan bg balik 3 bunga letak dan perkakasnye lepas jer majlis akad nikah berakhir...3 hantaran kena bawa semasa majlis akad diadakan...

    Yalar....Kak Som kena recycle balik bunga letak tu esoknyer... nak letak pada hantaran yang tersusun 9 pulak...

    1.Handbag...


    2.Kasut...


    3.Perfume....


    4.Kain Sembahyang......


    5.Buah-buahan...


    6.Pulut Kuning... Special in Chiken... ( Ayam Pulut)


    7.Kek...


    8.Cincin Kawen...


    9.Kain Pasang....


    5 lagi Hadiah untuk balasan bg 5 hadiah dr belah pompuan........

    Ni satu lagi kelam kabut punya hal... hari Sambut Menantu di rumah Kak Som pulak dah tiba...
    Pihak pompuan bawa lar pulak 5 bekas hadiah pada masa ni... macamana nak buat ni...

    Mama pon cubalar memikirkan hadiah yg nak dibalas.. mama dah sediakan 3 bekas hadiah... tapi dia pulak bawa 5... Magic Time... Aderlar pulak kain pasang yg nak bg masa berkunjung rumah pengantin pompuan after this... pakai jerlar dulu... satu lagi pulak...mama letak kueh karas yang diberi oleh saudara dari Kedah... Aku pon cubalar men deco kan apa yg mampu...

    Jadilar macam ni...


    1.Kain Sembahyang.............


    2.Baju batek untuk bapa pengantin pompuan......


    3.Kueh Jepon... Made in Tanah Merah.....


    4.Kain Pasang untuk ibu pengantin pompuan...


    5.Kueh Karas...

    ...................................................................................................................................................

    Tahniah diucapkan pada Abe Chik dan Kak Wati... Moga berkekalan Hingga Hujung Nyawa....

    Konvokesyen Mat Yeng


    Bebunga Cinta ni... Aku lar yg design kan serta gubah kan... Hik Hik Hik





    Upin n Ipin memang dah satu level ngan kartun Doraemon... Glamor Tu...


    Santapan Tetamu... Tak sabar nak tunggu.... Lambat betol lar...boleh makan...!!


    Tahniah lar Mat Yeng Oii... Kak Ja dulu pon... Konvo kat sini gak...UITM di hatiku!!!


    Banyak betol diorang untong... mahal tu, sejambak pon dah berpuloh2 RM...


    Happy Sokmo... my hapenning family...YEHHH...


    Posing-posing pon best gak... nak-nak kalau beramai-ramai...


    Jumpa lagi UITM... Nanti gi konvo Yie pulok...