"Siapa itu??? Coba TEka...!!!"

Bie..........Love....................Ja > ;-)

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, July 13, 2009

Tasik Raban, IPOH...(Kak Som penah Pegi...)


Di pagi Ahad, malas lak nak buat kejer... Kak Som layan TV3 sampailar Kak Som tertengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dengan Maria T.Sabri ni... Lar...Ikan Jelawat Bakar macam Kak Som makan hari tu lar...(Masa Sue Belanja)...


Memang lar best makan kat sini...banyak jenis lauk-lauk kampong... Yang paling best bila ada orang belanja... Ramai lar orang masa Kak Som pegi makan kat situ...sama jer suasana masa dalam rancangan ni...Berpusu2 orang keluar dan masuk....


Masa Kak Som makan, Kak Som ada jugak terpandang plat Jalan2 Cari Makan tu...(spt gbr) tgantung kat dalam kedai tu... Siap ada banner besar lagi depan kedai...promote pasal Jalan2 Cari Makan dah dtg kedai tu


Kira tak lar ralat masa lawatan Kak Som ke Ipoh tempoh hari... Ya lar... Maria habaq kat dalam rancangan tu bahwa kalau org datang Ipoh, tak pegi makan kat situ...rugilar...!!!



Ikan Jelawat Masak Tempoyak Kak Som tak try pon hari tu... Sue, nanti belanja makan ini yek...!!! Macam sedappp jer!!!


Kepada pengusaha dan tuan punya Tokei Besar Restoran ni.... Moga dapat bukak cawangan lain lagi serata alam dan pelusuk tempat, negara dan dunia.....INSYA-ALLAH!!!!... ( Kak Som Sokong Makanan Halal, Produk Bumiputra...!!!)

Komen Kak Som Pasal MUZIKAL...!!!


Sumber :
http://beautifulnara.com/black-juara-mentor-tv3/#comment-48044

Black sesuai ganti Lan dalam MUH(Meet Uncle Hussein)

naper apa yg aku pk sama ngan sumer org pk?? mmg Lan macm Black… Bukan Black macam Lan….

Pastu…MMg patut lar kedudukan macam tu… 1-Black 2-Chaq dan 3- Fira
Tapi, aku tak puas hati dia punya markah tu
macam tak adil lak
mana boleh markah 30 lebih jer…FIRA…
La la la la

Kak Som become Cinderella...............(Putera Raja Penyelamatku...)

Tersebutlar kesah ... Pada satu hari yang hening... Kak Som macam biasa kalau dah Hari Ahad ni, mulalar ligat otak memikirkan tempat yang best untuk bersiar-siar dan ambil angin...

Nak dijadikan cerita, Kak Som bersama-sama husband yang tercinta dan juga anak buah yang tersayang, Miss Nurul Najwa pon memilih lar Jaya Jusco dekat Keramat untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan barang-barang jualan beserta harga yang diwar-warkan memang turun habis.... sempena dengan Fiesta Jusco...

Kak Som macam biasalar...selamba jer kuar daripada perut kelisa Hitam berkilat ku itu tanpa berfikir panjang lagi... Nak tengok betol ker SMS yang dihantar oleh JJ yang mengatakan harga turun habis!!....

Syoknyer kalau dapat beli barangan keperluan jika harganya turun, Kak Som dah lar sengkek bulan ni coz kena bayar wang perlindungan Kelisa Hitam Berkilat tu.... Insurans kereta dan roadtax tuk bulan ni, kena spend 825 hengget malaysia....

La la la la... Hati gumbira bila tengok kemeriahan suasana di situ... Betol lar, murah sangat!!!... Tapi Kak Som pegilar sembahyang maghrib dulu...

'AAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH,,,,,,, apa ni????'

Malu lar macam ni.... Naperlak Kak Som bertukar jadi Cinderella ni.... Kena mintak sebelah lagi kasut kat Putera Raja kalau nak pakai kasut Kak Som dengan sempurna.....

Sebelah warna Krim, sebelah warna cokelat.... Ni mesti tersilap sarung masa dalam kereta tadi... Al-maklumlar, dalam kereta tu, ada 2 pasang kasut.... Ni mesti sebab termamai seketika dan tersarung lak kasut lain-lain warna.....

Kak Som apalagi, dengan tahap malu yang amat sangat, Kak Som solat jer lar dulu.... Pas jer solat, Kak Som mula melilau-lilau mata mencari Putera Raja Hatiku.... Mana lar pulak Tuan Mansor ni.... Putera Raja ku, Penyelamat di kala perlu ini??.... Itu dia... Kak Som dah nampak dan menerpa ke arahnya dengan muka merah bergaur rasa....... MALU dan LAWAK pon ader...

Penyelamatku itu lar yang turun semula ke tempat parking dan membawa sebelah kasutku lagi untuk aku tukar dan sarung... Semangatku untuk window shopping masih kuat ni.... Tak kesah lar kalau tunggu lama sikit...Tapi berbaloi lar...Tengok sana-sini rege barangnyer memang murah.....

Sesudah kutukar balik sebelah kasut yang sama itu..... mulalar aku mencari-cari benda yang nak ku beli dan kubawak balik....
Ingat balik apa yang terjadik tadi....nak tergelak pon ader....

Ikuti lar sambungan Hikayat Cinderella ini jika ader sambunganlar......................





Apa ni Kak Som.... Mamai ker....?? Takper...cover ngan troli...cover!!! cover!!!


Wah... Penyelamatku......Thanks A lot hubby...!!!!

Friday, July 10, 2009

- Dr Fathi Yakan



Profil Dr Fathi Yakan ( Sumber dipetik daripada http://drazwan.blogspot.com/)

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.

Tidak sepatutnya bagi penegak agama Islam merasa lemah dengan kematian beliau tetapi perjuangan perlu diteruskan oleh kita yang tinggal ini sebagaimana dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W yang menyaksikan kepintaran Saidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur. Surah Al-Imran Ayat 144
Al Fatihah....

Monday, July 6, 2009

MIKAEL..... a.k.a MICHAEL JACKSON...


MIKAEL..... a.k.a MICHAEL JACKSON...



Mikael dah Peluk Islam??


Mikael dan anak-anaknya...


Mikael masa kegemilangan...



Mikael Masa Ajal sudah Dekat.....

Give Thanks To Allah - Michael Jackson
Album: Towards the light

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
PRAISE HIM ALL DAY FOR,
what is and what was
take hold of your eman
dont give in to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul Mohsineen,
va Khalikuna va Razikuna wahuwa Ala kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creator, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day for,
what is and what was
take hold of your eman
dont give in to shaitaan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Raheem Allahu yuhibbul Mohsineen,
va Khalikuna va Razikuna wa huwa Allah kulli shaien Kadir

Allah is Ghafoor Allah is Raheem Allah is the one who loves the Mohsineen,
He is a creator, He is a sustainer and He is the one who has power over all.

Tuesday, June 30, 2009

cONTENG-cONTENG kAK sOM.. (bAJET kAWEN)

dOK CONTENG-CONTENG BAJET TUK HARI KAWEN ADEQ... TERBIKIN LAR LIST INI.... BAGI YANG NAK SENTUHAN KRETIF kAK sOM... bOLEH LAR REFER BAJET NI...

(Latest edited :
Nak Load gambar
hiasan jer!!)


SENARAI BAJET PERKAHWINAN (vERSI 1)

• Sireh Junjung - RM 30
• Pulut Kuning dan bunga telur – RM 75
• Kain Pasang – RM 50
• Kek Hantaran – RM 100
Total – RM 255
……………………………………………………………………
• Lelaki ( Cream) Baju Family- RM 600

• (50) Bunga Penanggah – RM 100

…………………………………………………………………….Total – RM 700
• Goodies
Bunga telur (RM 2 *100) – RM 200
Tuala (RM 2 * 100) – RM 200
Coklat (RM 0.50 * 200) – RM 100
Pot-pouri (RM 1 * 100) – RM 100
……………………………………………………………………………… Total – RM 600

• Makan Beradab (Lelaki)
Buah Cucuk, (2) – RM 60
Ayam Kukus,(2) – RM 40
Puding, Air minuman – RM 20
Ikan Siakap Sweet Sour, (4) – RM 200
Udang Cucuk. (2) – RM 60
Hiasan Meja – RM 300
Gulai kenduri,
……………………………………………………………………………Total – RM 680

• Bilik Pengantin (Lelaki)
Tirai– RM 150
Bunga Katil– RM 50
Bunga kepala katil– RM 50
Bunga hiasan atas tirai– RM 100
……………………………………………………………………………… Total – RM 350

• Kek pengantin untuk majlis potong kek– RM 500

……………………………………………………………………..Total – RM 500

• Bunga Penanggah(25) – RM 50
• Bunga telur Pulut Kuning perempuan – RM 50
• Bunga Pegang– RM 150
…………………………………………………………………….. Total – RM 250
Total – RM 3335

SENARAI BAJET PERKAHWINAN (vERSI 2)

· Sireh Junjung - RM 30

· Pulut Kuning dan bunga telur – RM 75

· Kain Pasang – RM 35

· Kek Hantaran – RM 80

Total – RM 220

……………………………………………………………………

· Lelaki ( Cream) Baju Family- RM 600

· (50) Bunga Penanggah – RM 100

…………………………………………………………………….Total – RM 700

· Goodies

Bunga telur (RM 2 *100) – RM 200

Tuala (RM 2 * 100) – RM 200

Coklat (RM 0.50 * 200) – RM 100

Pot-pouri (RM 1 * 100) – RM 100

……………………………………………………………………………… Total – RM 600

· Makan Beradab (Lelaki)

Buah Cucuk, (2) – RM 60

Ayam Kukus,(2) – RM 40

Puding, Air minuman – RM 20

Ikan Siakap Sweet Sour, (4) – RM 200

Udang Cucuk. (2) – RM 60

Hiasan Meja – RM100

Gulai kenduri,

……………………………………………………………………………Total – RM 580

· Bilik Pengantin (Lelaki)

Tirai– RM 150

Bunga Katil– RM 50

Bunga kepala katil– RM 50

Bunga hiasan atas tirai– RM 100

……………………………………………………………………………… Total – RM 350

· Kek pengantin untuk majlis potong kek– RM 300

……………………………………………………………………..Total – RM 300

· Bunga Penanggah(25) – RM 50

· Bunga telur Pulut Kuning perempuan – RM 50

· Bunga Pegang– RM 50

…………………………………………………………………….. Total – RM 150

Total – RM 2900



Saturday, June 27, 2009

Hari Ulangtahun Perkahwinan Kak Som yang Pertama!!!


Kak Som sempat menyorokkan hadiah dan kad untuk Abe... Nak buat surprise lar kononnya... Tapi, last-last... Kak Som kena tunjukkan jugak tempatnya... sebab, Abe tak jumpa2 hadiah ni



Untuk Abe yang amat disayangi dan dicintai... Moga kita kekal hingga hujung nyawa...
Abe senantiasa di hati.... Love u Abe...!!!